Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

HEBAHAN PSA 1/2022

Poster Hebahan PSA Hebahan Bil 1 2

Bagi melancarkan proses dan tadbir urus hal ehwal akreditasi di peringkat pusat pengajian/ pusat/ institut, pihak YBhg. Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan perlu mengambil perhatian terhadap perkara berikut (proses kerja ini adalah tidak terpakai bagi permohonan program oleh Badan Profesional):-

1. Merujuk kepada Dokumen Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang terkini iaitu Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA), Kod Amalan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (COPPA-ODL), Standard Program, Standard dan Garis Panduan Amalan Baik (GGP) di https://www2.mqa.gov.my/qad/

2. Merujuk kepada Panduan Penyediaan Dokumen Laporan Penilaian Kendiri (Self-Review Report, SRR) Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh dan Audit Pematuhan, USM seperti di Lampiran A;

3. Memastikan program akademik baharu melalui proses penilaian Akreditasi Sementara untuk tujuan kelulusan di peringkat Senat Universiti sebelum ianya ditawarkan;Mengenal pasti program yang belum mendapat akreditasi penuh, menyedia Laporan Penilaian Kendiri dan memastikan proses penilaian audit akreditasi berlangsung sebelum kumpulan pelajar kohort pertama berijazah;

4. Mengenal pasti program yang telah melepasi tempoh akreditasi penuh (maklumat akreditasi boleh dirujuk di portal Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) untuk tujuan audit pematuhan;dan

5. Bagi PTj yang telah bersedia untuk melalui proses penilaian audit Akreditasi Penuh/Audit Pematuhan boleh merujuk kepada Panduan Pelaksanaan Sesi Penilaian dan Lawatan Fizikal/USMVAA Audit Akreditasi Penuh/Audit Pematuhan bagi Program Akademik (Bukan Profesional), USM seperti di Lampiran B.

Terima kasih 

PUSAT SWAAKREDITASI (PSA)