Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

Dari Meja Pengarah

Bismillahirahmannirahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.DARI MEJA PENGARAH

Pusat Swa-Akreditasi telah ditubuhkan pada 17 Ogos 2020 (JKPU ke-176). Penubuhan pusat ini adalah susulan dari Audit Susulan Pengekalan Swaakreditasi USM pada Ogos 2019 dan pihak MQA mencadangkan agar pusat jaminan kualiti universiti ditubuhkan untuk melapor terus kepada Naib Canselor.

Universiti Sains Malaysia telah dianugerahkan Status Swaakreditasi (Self-Accreditation) pada 29 April 2010 selepas penilaian oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) bagi tempoh 2010 sehingga 2015. Sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi USM perlu mempunyai satu unit atau pusat yang mengendalikan proses-proses akreditasi program akademik USM. Justeru itu, Pusat Swa-Akreditasi berperanan untuk merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan hal ehwal berkaitan status swaakreditasi USM diperingkat institusi mahupun di peringkat semua program akademik di Universiti Sains Malaysia.

Besarlah harapan saya agar tuan/puan yang mengendalikan program akademik di USM mendapat manfaat serta ketepatan maklumat dalam proses penyediaan laporan berkaitan pengauditan. Pihak kami berharap segala maklumat yang disalurkan dapat membantu dan juga sebagai rujukan.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan yang positif bagi memantapkan pengurusan Pusat Swa-Akreditasi USM.

Terima kasih.

PROFESOR DR. AZURA A. RASHID

Pengarah