Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

Terma Rujukan Pusat Swaakreditasi (PSA)

Pusat Swaakreditasi (PSA) di bawah governans Naib Canselor berperanan untuk;

  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan proses akreditasi institusi dan akreditasi program akademik USM.
  2. Merancang dan melaksanakan aktiviti audit akademik dalaman di pusat-pusat pengajian
  3. Memantau dan menyelaras aktiviti akreditasi luar dan pensijilan luar bagi program-program akademik  
  4. Menguruskan hal-ehwal berkaitan status swaakreditasi USM sama ada di peringkat institusi mahupun di peringkat program-program akademik
  5. Merancang dan menyelaras persediaan USM dalam Audit Institusi sesuai dengan status swaakreditasi
  6. Merancang dan melaksana audit program bagi tujuan Akreditasi Sementara terhadap program-program baru di USM
  7. Merancang dan melaksana audit program bagi tujuan memperolehi Akreditasi Penuh bagi program-program akademik di USM yang telah dianugerahkan Akreditasi Sementara
  8. Merancang dan melaksana Audit Pematuhan bagi program-program akademik yang telah menerima Akreditasi Penuh secara berkala
  9. Melaporkan hasil audit ke peringkat JK Swaakreditasi USM untuk dimajukan ke Senat universiti
  10. Menguruskan hal-ehwal berkaitan pendaftaran program dalam senarai Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) selepas program telah dianugerahkan status akreditasi berkaitan
  11. Menyelaras audit program profesional di USM yang dikendalikan oleh badan profesional berkaitan
  12. Menyelaras audit program akademik bagi tujuan akreditasi luaran dan persijilan luaran
  13. Sebagai pejabat perhubungan antara USM dengan MQA dan badan profesional berkenaan
  14. Melaksanakan audit dalaman berkaitan program akademik mengikut keperluan semasa
  15. Merancang dan melaksanakan latihan berkaitan audit dan akreditasi program
  16. Mewakili USM dalam Majlis Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ) dan Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN)