Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Universiti Sains Malaysia telah dianugerahkan Status Swaakreditasi (Self-Accreditation) pada 29 April 2010 selepas penilaian oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) bagi tempoh 2010 sehingga 2015. Sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi USM perlu mempunyai satu unit atau pusat yang mengendalikan proses-proses akreditasi program akademik USM.

0002USM

Justeru itu, Pusat Swa-Akreditasi berperanan untuk merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan hal ehwal berkaitan status swaakreditasi USM diperingkat institusi mahupun di peringkat semua program akademik yang ditawarkan di Universiti Sains Malaysia.

Penubuhan Pusat Swa-Akreditasi ini perlu diasingkan dari pusat yang menguruskan jaminan kualiti dalaman yang melibatkan latihan serta pemantau berterusan dalam memastikan program-program akademik USM adalah mematuhi kualiti yang telah ditetapkan.