Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

Soalan

1) Apakah kepentingan akreditasi MQA?

  • Untuk tujuan pembaharuan kelulusan pengendalian program
  • Pengiktirafan Perkhidmatan Awam
  • Dijamin kualiti program pengajian

2) Apakah kepentingan Akreditasi Sementara?

  • Memastikan sama ada sesuatu program itu telah menepati keperluan kualiti minimum sebelum dianugerahkan Akreditasi Penuh
  • Untuk melayakkan sesuatu program mendapat kelulusan pengendalian program dari Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) sebelum boleh ditawarkan kepada pelajar
  • Tajaan pendidikan

3)Kenapa ada dua akreditasi (akreditasi sementara dan akreditasi penuh)?

  • Terdapat dua peringkat penilaian dalam jaminan kualiti ini iaitu:
    Akreditasi Sementara – merupakan satu aktiviti penilaian untuk memastikan sama ada sesuatu program itu telah menepati keperluan kualiti minimum sebelum dianugerahkan Akreditasi Penuh.
    Akreditasi Penuh - merupakan satu aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa kegiatan pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan sesuatu program yang ditawarkan oleh sesebuah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) telah menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia.

 4) Apakah perbezaan di antara kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dengan Akreditasi MQA?

  • Pada prinsipnya, pihak KPM mempertimbangkan kelulusan sesuatu pengajian berdasarkan pengesahan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA melalui proses akreditasi.
  • Akreditasi sementara diambil kira oleh KPM bagi mempertimbangkan permohonan kelulusan daripada Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) untuk menawarkan program baru.
  • Akreditasi dan pengekalan status akreditasi merupakan salah satu syarat bagi PPT memperbaharui kelulusan program daripada KPM.

 

 

Sumber: FAQ MQA