Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

LAWATAN AUDIT SUSULAN SWA-AKREDITASI DARI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA(MQA)

Pulau Pinang, 17 Ogos 2023- Universiti Sains Malaysia telah menerima kunjungan lawatan audit susulan swa-akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia. Audit ini telah dinilai oleh dua orang auditor iaitu Prof. Ir. Dr. Shahril Abdullah selaku pengerusi auditor dan Prof. Dr. Nurahimah Mohd. Yusoff. Audit ini juga turut disertai oleh dua orang pegawai yang mewakili Agensi Kelayakan Malaysia iaitu Encik Helmi Bin Sebaweh @ Ahmad dan Puan Adibah Mat Russ.

                  MQA 1

                               

                                                 MQA 2

                                                  MQA_3.jpg

KUNJUNGAN AKADEMIK DELEGASI POLITEKNIK AKAMIGAS PALEMBANG (PAP), INDONESIA

Pulau Pinang, 14 Ogos 2023- Universiti Sains Malaysia telah menerima kunjungan akademik delegasi Politeknik Akamigas Palembang (PAP), Indonesia. Seramai 8 orang pensyarah dari Politeknik Akamigas mengikuti lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pensyarah berkaitan dengan pengurusan, perancangan dan penyelarasan hal ehwal berkaitan akreditasi di USM.

akamigas 1

akamigas 2

akamigas 3

LAWATAN PENANDA ARAS DARI IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

Pada 02 ogos 2023, Pihak Institut Perguruan Kampus Dato’ Razali Ismail telah menjalankan lawatan Penanda aras ke USM. Tujuan lawatan itu diadakan adalah bagi mendapat pencerahan tentang proses audit swa-akreditasi yang dijalankan di USM. Seramai 15 orang staf dari bahagian pentadbiran Intitut Perguruan Kampus Dato’ Razali Ismail terlibat dengan lawatan ini.

penanda aras 1

 

        penanda2     penanda aras 3

 

 

KLINIK PERSEDIAAN AKREDITASI

Pada 09 June 2023, pihak pusat swa-akreditasi telah menjalankan satu klinik persediaan akreditasi sebagai persiapan setiap pusat pengajian yang terlibat dengan audit dari Lembaga Jurutera Malaysia. Seramai 25 orang peserta telah menyertai program ini.

    klinik akreditasi 1

 

          klinik akreditasi 2     klinik akreditasi 3

 

 

 

MOCK AUDIT SEBAGAI PERSEDIAAN AUDIT DARI LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA

Pada 31 Mei 2023 hingga 2 Jun 2023, telah diadakan mock audit sebagai proses persediaan audit dari Lembaga Jurutera Malaysia. Sebanyak enam program kejuruteraan yang terlibat didalam proses audit ini. Oleh yang demikian, dalam menjayakan program ini, seramai 10 orang ahli panel penilai dalaman telah dilantik oleh pihak Pusat Swa-Akreditasi bagi menilai program-program tersebut termasuk fasiliti yang terdapat didalam kampus kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.

Mock Audit 1