Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

AUDIT KESELAMATAN DI PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN & SUMBER MINERAL SERTA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

07 Mac 2024 (Khamis)- Telah dijalankan audit keselamatan sebagai persediaan Lawatan Akreditasi dari Lembaga Jurutera Malaysia pada 26-27 Jun 2024. Audit ini telah melibatkan dua buah Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Audit ini telah dilaksanakan oleh dua orang Panel Penilai yang merupakan pakar bahagian Keselamatan iaitu Ts. Dr. Norhaniza Amil dari Pusat Pengajian Teknologi Industri dan juga Dr. Norazwan Bin Md Nor dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia.

  IMG 15811     IMG 16021

 

  IMG 16071      IMG 16541