Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

PERSEDIAAN LAWATAN MAJLIS AKREDITASI KEJURUTERAAN TAHUN 2023, KAMPUS KEJURUTERAAN USM

PENANG, 17 Mei 2022 - Bengkel penyediaan Laporan Penilaian Kendiri (Self-Assessment Report, SAR) peringkat Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia telah diadakan di Dewan Seminar Iconic Hotel, Juru. Bengkel ini disertai oleh Timbalan-timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Pengerusi-pengerusi Rancangan, Ahli Jawatankuasa OBE dan Pegawai Tadbir daripada pusat-pusat pengajian di Kampus Kejuruteraan. Seramai 50 peserta telah menjayakan bengkel pertama anjuran Pusat Swaaakreditasi sebagai persediaan kepada lawatan oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan (Engineering Accreditation Council, EAC).

W1

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah hasil daripada persetujuan gerak kerja ahli mesyuarat Lawatan EAC Tahun 2023 – New Cycle dan persediaan pusat pengajian menyediakan templat secara berstruktur dan formatif di peringkat Kampus Kejuruteraan.

 
Tujuh (7) program akademik Ijazah Pertama yang terlibat bagi lawatan EAC akan datang adalah:
i. Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa dengan Kepujian 
ii. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
iii. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
iv. Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan Kepujian
v. Sarjana Muda Kejuruteraan Sumber Mineral dengan Kepujian 
vi. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik dengan Kepujian 
vii. Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan Pengurusan dengan Kepujian 
 
BannerBengkel SAR ICONIC
 
Peserta dibahagikan kepada tujuh (7) kumpulan mengikut bidang kriteria standard program EAC iaitu kriteria pertama Program Educational Objectives, Programme Outcomes, Academic Curriculum. Seterusnya Student, Academic and Support Staff, Facilities dan kumpulan ke tujuh memfokuskan kepada kriteria bagi Quality Management Systems. Dapatan daripada perbincangan berkumpulan ini dibentangkan seterusnya keberhasilan templat SAR terkini akan digunakan dan diselaraskan diperingkat Kampus Kejuruteraan. 
 
photo 2022 05 25 15 44 16 1
 
Bengkel SAR SERC 2
Teks disediakan oleh: 
Nur Husna Mansor