MOCK AUDIT SEMPERNA LAWATAN AKREDITASI DARI LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA (2024)
27 Mei 2024 (Isnin)- Telah diadakan satu sesi mock audit bagi empat(4) program prasiswazah Kejuruteraan. Tujuan sesi ini diadakan adalah sebagai persedian oleh Pusat Pengajian dalam menghadapi Lawatan Akreditasi dari Lembaga Jurutera Malaysia pada 26 dan 27 Jun 2024 yang lalu. Empat (4) program kejuruteraan yang tersebut adalah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Kimia, Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Polimer dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik.