Audit Akreditasi Program Akademik
PENGENALAN
- Universiti Sains Malaysia menawarkan program-program akademik dari pelbagai peringkat (merangkumi program di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran). Justeru, setiap program tersebut perlu melalui proses akreditasi dan audit.
- Sebagai sebuah universiti yang telah memperolehi pengiktirafan swaakreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), pengiktirafan ini memberikan keistimewaan untuk USM mengakreditasi sendiri program-program akademik bukan profesional di universiti ini.
- Penerangan berkaitan setiap Kategori Akreditasi dan Audit Program
SESI PENILAIAN DAN LAWATAN AUDIT AKREDITASI FIZIKAL
SESI PENILAIAN AUDIT AKREDITASI SECARA VIRTUAL
Akreditasi Sementara |
Ia merupakan penilaian fasa awal ke atas setiap program baharu yang ingin ditawarkan bagi memastikan program tersebut menepati keperluan kualiti minimum dari segi kurikulum dan sistem sokongan penyampaian program. Proses penilaian ini perlu dilaksanakan sebelum program tersebut ditawarkan. |
Akreditasi Penuh |
Ia merupakan aktiviti penilaian ke atas program baharu yang telah mendapat kelulusan Akreditasi Sementara. Penilaian ini adalah untuk memastikan kegiatan pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan program tersebut telah menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Penilaian ini biasanya dilakukan apabila kumpulan pelajar kohort pertama sedang berada pada tahun akhir pengajian mereka. |
Audit Pematuhan |
Audit pematuhan merupakan penilaian semula ke atas program yang telah mendapat Akreditasi Penuh. Pelaksanaan penilaian adalah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh akreditasi terdahulu. |