Terma Rujukan Pusat Swaakreditasi (PSA)
Pusat Swaakreditasi (PSA) di bawah governans Naib Canselor berperanan untuk;
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan proses akreditasi institusi dan akreditasi program akademik USM.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti audit akademik dalaman di pusat-pusat pengajian
- Memantau dan menyelaras aktiviti akreditasi luar dan pensijilan luar bagi program-program akademik
- Menguruskan hal-ehwal berkaitan status swaakreditasi USM sama ada di peringkat institusi mahupun di peringkat program-program akademik
- Merancang dan menyelaras persediaan USM dalam Audit Institusi sesuai dengan status swaakreditasi
- Merancang dan melaksana audit program bagi tujuan Akreditasi Sementara terhadap program-program baru di USM
- Merancang dan melaksana audit program bagi tujuan memperolehi Akreditasi Penuh bagi program-program akademik di USM yang telah dianugerahkan Akreditasi Sementara
- Merancang dan melaksana Audit Pematuhan bagi program-program akademik yang telah menerima Akreditasi Penuh secara berkala
- Melaporkan hasil audit ke peringkat JK Swaakreditasi USM untuk dimajukan ke Senat universiti
- Menguruskan hal-ehwal berkaitan pendaftaran program dalam senarai Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) selepas program telah dianugerahkan status akreditasi berkaitan
- Menyelaras audit program profesional di USM yang dikendalikan oleh badan profesional berkaitan
- Menyelaras audit program akademik bagi tujuan akreditasi luaran dan persijilan luaran
- Sebagai pejabat perhubungan antara USM dengan MQA dan badan profesional berkenaan
- Melaksanakan audit dalaman berkaitan program akademik mengikut keperluan semasa
- Merancang dan melaksanakan latihan berkaitan audit dan akreditasi program
- Mewakili USM dalam Majlis Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ) dan Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN)