Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

Jawatankuasa Swaakreditasi

Jawatankuasa Swaakreditasi (JSA) yang diwujudkan di bawah Senat berperanan untuk;

  1. Menerima, meneliti dan mempertimbangkan laporan audit program akademik (akreditasi sementara, akreditasi penuh, audit pematuhan) yang dihasilkan oleh panel auditor dan diserahkan oleh Pusat Swa-Akreditasi.
  2. Mencadangkan perakuan akreditasi / membatalkan perakuan akreditasi berdasarkan penelitian laporan audit program serta maklumbalas PTJ berkaitan cadangan penambahbaikan panel audit.
  3. Membentangkan laporan audit bagi perakuan akreditasi program akademik dalam Mesyuarat Senat bagi mendapatkan pengesahan Senat USM.