LAWATAN PENANDA ARAS DARI UNIMAS
25 Oktober 2023- Pusat Swa-Akreditasi telah menerima satu lawatan penanda aras dari Jabatan Kualiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Lawatan ini telah dihadiri seramai 12 orang peserta. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah bagi mendapat sedikit pencerahan berkaitan sistem dan pengurusan universiti yang berstatus Swaakreditasi.