Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KELESTARIAN : AKTIVITI PENANAMAN POKOK

28 Ogos 2025-  Program Aktiviti Penanaman Pokok telah dijalankan sebagai usaha memperkukuh amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga kampus. Aktiviti bermula dengan sesi taklimat pada jam 9.15 pagi diikuti aktiviti penanaman pokok sehingga jam 12.00 tengah hari.

Program ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) seperti Tindakan Iklim (SDG 13), Kehidupan di Darat (SDG 15), Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11), serta Air Bersih dan Tenaga Bersih (SDG 6 & 7). Inisiatif ini bukan sahaja menambah kehijauan kampus, malah menyemai semangat tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan peserta.

WhatsApp Image 2025 08 28 at 11.34.53 AM    WhatsApp Image 2025 08 28 at 11.34.51 AM 1

PROGRAM KELESTARIAN: BRISK WALK & KUTIP SAMPAH

15 Ogos 2025 – Pusat Swa-Akreditasi (PSA), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan aktiviti Brisk Walk & Kutip Sampah yang bermula dari Bangunan PSA. Program ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat di samping menjaga kebersihan persekitaran.

Berpegang pada tema “Melangkah Sihat, Alam Terpelihara”, aktiviti ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) seperti Kesihatan dan Kesejahteraan (SDG 3), Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11), Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (SDG 12), serta Tindakan terhadap Perubahan Iklim (SDG 13).

WhatsApp Image 2025 09 04 at 9.31.53 AM 2 1          WhatsApp Image 2025 09 04 at 9.31.52 AM 1

WhatsApp Image 2025 09 04 at 9.31.54 AM 2

PROGRAM KELESTARIAN: SAMBUTAN AIDILFITRI LESTARI DI KAMPUS KEJURUTERAAN

23 April 2025 (Rabu)- Sempena sambutan Aidilfitri yang diraikan dalam suasana penuh kesyukuran dan kebersamaan, pihak penganjur telah mengambil inisiatif menganjurkan jamuan raya berkonsepkan kelestarian. Berbeza daripada kebiasaan, jamuan kali ini dilaksanakan secara mampan dengan menekankan prinsip mesra alam antaranya pengurangan penggunaan plastik sekali guna dan penggalakan amalan membawa bekas makanan sendiri.

Pusat Swa-Akreditasi, dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa telah menyediakan khemah hidangan mi goreng dan kuey teow goreng. Selaras dengan misi kelestarian Universiti, kesemua hidangan disajikan menggunakan alas daun pisang dan disertakan dengan penyepit (chopstick) sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan tidak lestari.

WhatsApp Image 2025 07 25 at 3.12.33 PM   WhatsApp Image 2025 07 25 at 3.12.33 PM 1

                     WhatsApp Image 2025 07 25 at 3.20.08 PM     WhatsApp Image 2025 07 25 at 3.31.13 PM

PROGRAM KELESTARIAN: GOTONG ROYONG PERDANA

29 Mei 2025 (Khamis)- Satu gotong royong perdana telah dilaksanakan oleh kesemua staf PSA. Gotong- royong ini bertujuan bagi membuat pembersihan serta pengasingan barang-barang yang boleh di kitar semula.

 

WhatsApp Image 2025 05 29 at 11.13.59 AM 1                                 WhatsApp Image 2025 05 29 at 10.34.25 AM                         WhatsApp Image 2025 05 29 at 11.14.00 AM

                    GOTONG ROYONG PERDANA PUSAT SWA AKREDITASI 1

 

PROGRAM KELESTARIAN: PENANAMAN POKOK INDOOR

05 Julai 2024 (Jumaat)- Satu aktiviti kelestarian iaitu penanaman pokok indoor telah dilaksanakan. Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan pejabat hijau dikalang staf Pusat Swa-Akreditasi (PSA).

   01 PENANAMAN POKOK INDOOR           02 PENANAMAN POKOK INDOOR

 

                                                    03 PENANAMAN POKOK INDOOR          04 PENANAMAN POKOK INDOOR