Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

LAWATAN KUNJUNG HORMAT MAJLIS AKREDITASI KEJURUTERAAN (EAC) KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

20 Januari 2025 (Isnin) – Telah berlangsung Lawatan Kunjung Hormat Majlis Akreditasi Kejuruteraan (Engineering Accreditation Council, EAC) ke Universiti Sains Malaysia (USM) bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan, USM.

Lawatan ini bertujuan mengukuhkan kerjasama antara EAC dan USM serta membincangkan pelaksanaan audit akreditasi program-program kejuruteraan di bawah universiti ini.

Pihak Pusat Swa-Akreditasi (PSA) merakamkan penghargaan atas komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan ini.

DSC 8925

DSC 8930

DSC 8956

SESI PERKONGSIAN INTEGRATING DESIGN THINKING WITHIN SULAM PROJECTS IN ENGINEERING COURSES FOR SUSTAINABLE COMMUNITIES

10 & 11 September 2024 (Selasa & Rabu)- Telah berlangsung Sesi Perkongsian Integrating Design Thinking Within Sulam Projects in Engineering Courses for Sustainable Communities dimana sesi ini dilaksanakan selama dua hari. Sesi ini telah disampaikan oleh Profesor Dr. Ir. Che Maznah Mat Isa di Bilik Seminar Aras 1, Pusat Penyelidikan Sains & Kejuruteraan (SERC) Kampus Kejuruteraan. Sesi ini melibatkan beberapa orang staf akademik di kesemua Pusat Pengajian Kejuruteraan.

IMG 1964 IMG 1963

IMG 1972 IMG 1977

SESI PERKONGSIAN PENILAIAN CODE OF PRACTICE PROGRAMME ACCREDITATION EDISI 2.0 (COPPA 2.0)

26 Ogos 2024 (Isnin)- Telah berlangsung Sesi Perkongsian Penilaian Code of Practice Programme Accreditation Edisi 2.0 (COPPA 2.0). Bengkel ini telah dilaksankan di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Kampus Induk dan di sampaikan oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim bin Abdullah (Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Seramai 90 orang peserta telah terlibat didalam sesi ini.

IMG 1920   IMG 1918

IMG 1941   IMG 1948