Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KELESTARIAN : AKTIVITI PENANAMAN POKOK

28 Ogos 2025-  Program Aktiviti Penanaman Pokok telah dijalankan sebagai usaha memperkukuh amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga kampus. Aktiviti bermula dengan sesi taklimat pada jam 9.15 pagi diikuti aktiviti penanaman pokok sehingga jam 12.00 tengah hari.

Program ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) seperti Tindakan Iklim (SDG 13), Kehidupan di Darat (SDG 15), Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11), serta Air Bersih dan Tenaga Bersih (SDG 6 & 7). Inisiatif ini bukan sahaja menambah kehijauan kampus, malah menyemai semangat tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan peserta.

WhatsApp Image 2025 08 28 at 11.34.53 AM    WhatsApp Image 2025 08 28 at 11.34.51 AM 1