Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KELESTARIAN: SATU STAF SATU POKOK

22 April 2024 (Isnin)- Pusat Swa- Akreditasi telah menjalankan satu program yang dinamakan satu pokok bagi satu staf. Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan persekitaran hijau ditempat kerja. Setiap staf telah diberikan satu pokok cactus untuk diletakkan ditempat masing-masing.

 

  WhatsApp Image 2024 04 22 at 9.29.39 AM1          WhatsApp Image 2024 04 22 at 9.29.40 AM1                 

 

  WhatsApp Image 2024 04 22 at 9.29.40 AM 11          WhatsApp Image 2024 04 22 at 9.29.41 AM1

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SUNWAY UNIVERSITY

08 Mac 2024(Jumaat)- Pusat Swa-Akreditrasi (PSA) telah menerima lawatan penanda aras dari Sunway University. Lawatan ini telah dihadiri oleh seramai 8 orang staf Unit Kualiti, Sunway University. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pencerahan tentang pengurusan akreditasi bagi Universiti yang berstatus Swaakreditasi.

  IMG 1737IMG 1749

                                 IMG 1708IMG 1719

AUDIT KESELAMATAN DI PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN & SUMBER MINERAL SERTA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

07 Mac 2024 (Khamis)- Telah dijalankan audit keselamatan sebagai persediaan Lawatan Akreditasi dari Lembaga Jurutera Malaysia pada 26-27 Jun 2024. Audit ini telah melibatkan dua buah Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Audit ini telah dilaksanakan oleh dua orang Panel Penilai yang merupakan pakar bahagian Keselamatan iaitu Ts. Dr. Norhaniza Amil dari Pusat Pengajian Teknologi Industri dan juga Dr. Norazwan Bin Md Nor dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia.

  IMG 15811     IMG 16021

 

  IMG 16071      IMG 16541

TOWNHALL MINI PSA KAMPUS INDUK DAN KEJURUTERAAN

06 Mac 2023(Rabu)-Telah diadakan satu Townhall mini PSA bagi kesemua Pusat Bertanggungjawab(PTJ) di Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan. Tujuan Townhall ini diadakan adalah bagi memberi pencerahan tentang tugas-tugas mini PSA di PTJ masing-masing. Sesi Townhall ni telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah (Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Pusat Pengajian Sains Kesihatan). Seramai 165 orang peserta telah menghadiri sesi ini.

 

 IMG 1574   IMG 1534

  IMG 1510

TOWNHALL MINI PSA KAMPUS KESIHATAN

03 Mac 2024 (Ahad)-  Telah diadakan Townhall mini PSA di Kampus Kesihatan. Sesi ini melibatkan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian. Tujuan Townhall ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan tentang tugas-tugas mini PSA di Pusat Pengajian masing-masing. Townhall ini telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah (Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Pusat pengajian Sains Kesihatan).     

  townhall_kelantan.png   WhatsApp Image 2024 03 20 at 9.04.37 AM

  WhatsApp Image 2024 03 20 at 9.04.39 AM    WhatsApp Image 2024 03 20 at 9.04.38 AM