Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KELESTARIAN : LAMBUNG BOLA, GERAK CERIA

19 Mei 2026- Pusat Swa-Akreditasi (PSA), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan satu aktiviti santai bertemakan kesihatan dan kesejahteraan staf iaitu “Lambung Bola, Gerak Ceria!” yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Aktiviti ini diadakan sebagai inisiatif bagi menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga PSA. Walaupun dijalankan secara santai dan ringkas, aktiviti ini berjaya mewujudkan suasana yang ceria, aktif dan penuh semangat kerjasama.

Selain memberi ruang kepada staf untuk melakukan aktiviti fizikal ringan, program ini turut menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG), khususnya SDG 3: Good Health and Well-Being yang menekankan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

7d2c16c7 a514 46bf 83f0 c4c6440d8dda

 

dadf3cbe d4bd 48a7 bb71 0b581228cf09