Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KELESTARIAN: SAMBUTAN AIDILFITRI LESTARI DI KAMPUS KEJURUTERAAN

23 April 2025 (Rabu)- Sempena sambutan Aidilfitri yang diraikan dalam suasana penuh kesyukuran dan kebersamaan, pihak penganjur telah mengambil inisiatif menganjurkan jamuan raya berkonsepkan kelestarian. Berbeza daripada kebiasaan, jamuan kali ini dilaksanakan secara mampan dengan menekankan prinsip mesra alam antaranya pengurangan penggunaan plastik sekali guna dan penggalakan amalan membawa bekas makanan sendiri.

Pusat Swa-Akreditasi, dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa telah menyediakan khemah hidangan mi goreng dan kuey teow goreng. Selaras dengan misi kelestarian Universiti, kesemua hidangan disajikan menggunakan alas daun pisang dan disertakan dengan penyepit (chopstick) sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan tidak lestari.

WhatsApp Image 2025 07 25 at 3.12.33 PM   WhatsApp Image 2025 07 25 at 3.12.33 PM 1

                     WhatsApp Image 2025 07 25 at 3.20.08 PM     WhatsApp Image 2025 07 25 at 3.31.13 PM