SESI PERKONGSIAN CODE OF PRACTICE FOR INSTITUTIONAL AUDIT (COPIA): KEFAHAMAN, PERSEDIAAN DAN PELAKSANAAN
9 September 2025 (Selasa) – Telah berlangsung Sesi Perkongsian Code of Practice for Institutional Audit (COPIA): Kefahaman, Persediaan dan Pelaksanaan anjuran Pusat Swa-Akreditasi (PSA) bertempat di Jadeite, Aras 4, Amari SPICE, Pulau Pinang.
Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Wan Ahmad Kamil Mahmood, PhD, FASc, FMIC dan memberi fokus kepada penerapan kefahaman serta persediaan pelaksanaan audit institusi sebagai sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam mengekalkan status swaakreditasi.