LAWATAN PERKONGSIAN ILMU KARSHI STATE UNIVERSITY KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
20 Jun 2025 (Jumaat) – Pusat Swa-Akreditasi (PSA), Universiti Sains Malaysia telah menerima kunjungan daripada wakil Karshi State University, Uzbekistan sempena Lawatan Perkongsian Ilmu yang berlangsung dari 11 hingga 25 Jun 2025 di Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan USM.
Lawatan ini bertujuan bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan jaminan kualiti pendidikan, pembangunan kurikulum serta pemantauan prestasi akademik, sekaligus memperkukuh hubungan kolaborasi antarabangsa dalam bidang penjaminan kualiti.
