SESI LIBAT URUS PROSES AUDIT PEMATUHAN PROGRAM AKADEMIK IJAZAH TINGGI MOD PENYELIDIKAN BERSAMA PUSAT PENYELIDIKAN
14 Mei 2025 (Rabu) – Telah berlangsung Sesi Libat Urus Proses Audit Pematuhan Program Akademik Ijazah Tinggi Mod Penyelidikan bersama Pusat Penyelidikan di Universiti Sains Malaysia (USM) yang dianjurkan oleh Pusat Swa-Akreditasi (PSA) secara dalam talian melalui platform Webex.
Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada wakil Pusat Penyelidikan mengenai tatacara pelaksanaan audit pematuhan, penyediaan eviden dan pengurusan dokumen program mod penyelidikan sebagai persediaan menghadapi Audit Pengekalan Swaakreditasi universiti.
