Skip to main content

Pusat Swa-Akreditasi   |  Universiti Sains Malaysia

MESYUARAT PENYELARASAN PSA_PKA BIL. 1/ 2025

30 April 2025 (Rabu) – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasaan antara Pusat Kualiti Akademik (PKA) dan Pusat Swa-Akreditasi (PSA) Bil. 1/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Swa-Akreditasi, SERC, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Profesor Dr. Azura binti A. Rashid, Pengarah PSA, dan turut dihadiri wakil-wakil PKA serta PSA.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pemantauan pematuhan syarat-syarat khusus keputusan audit akreditasi sementara dan penuh program bagi tujuan pendaftaran dalam MQR/PSA-MQR, selain beberapa hal berkaitan penyelarasan proses audit dan pemantauan berterusan.

IMG 2176

IMG 2178