LAWATAN KUNJUNG HORMAT MAJLIS AKREDITASI KEJURUTERAAN (EAC) KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
20 Januari 2025 (Isnin) – Telah berlangsung Lawatan Kunjung Hormat Majlis Akreditasi Kejuruteraan (Engineering Accreditation Council, EAC) ke Universiti Sains Malaysia (USM) bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan, USM.
Lawatan ini bertujuan mengukuhkan kerjasama antara EAC dan USM serta membincangkan pelaksanaan audit akreditasi program-program kejuruteraan di bawah universiti ini.
Pihak Pusat Swa-Akreditasi (PSA) merakamkan penghargaan atas komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan ini.