Events Calendar
MOCK AUDIT SEBAGAI PERSEDIAAN AUDIT EAC_ SESI 2
Thursday 01 June 2023, 08:00am
Hits : 561
by azirahahmad@usm.my
1 Jun 2023- Sesi 2 mock audit telah dilaksanakan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Sesi ini melibatkan dua program iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik. Pusat Swa-Akreditasi telah melantik dua orang ahli panel dalam untuk menilai Laporan Penilaian Kendiri (SAR) kedua-dua program tersebut. Ahli panel yang dilantik ialah Prof. Madya Ir. Dr. Leo Choe Peng dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Prof. Ir. Dr. Cheong Kuan Yew dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral.