PROGRAM KELESTARIAN: BRISK WALK & KUTIP SAMPAH
15 Ogos 2025 – Pusat Swa-Akreditasi (PSA), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan aktiviti Brisk Walk & Kutip Sampah yang bermula dari Bangunan PSA. Program ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat di samping menjaga kebersihan persekitaran.
Berpegang pada tema “Melangkah Sihat, Alam Terpelihara”, aktiviti ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) seperti Kesihatan dan Kesejahteraan (SDG 3), Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11), Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (SDG 12), serta Tindakan terhadap Perubahan Iklim (SDG 13).

